assalamualaikum
sebenarnya dah lama tersimpan dalam draft, hari ni baru nak publish kat belog. malas nak buat part I and part II. better combined je. senang dan jimat masa. *tibee
okay, meh sini nak cerita kat korang dengan lebih detail pasal entry ni. yes ! memang aku kene HPV injection. apa itu HPV injection? mesti semua tertanya-tanya kan?
HPV itu adalah human papillomavirus atau dikenali dengan HPV. ia adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks. jadi, setiap wanita yang melakukan hubungan seksual ini berisiko untuk dijangkiti HPV. seperti yang kita tahu, kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah kanser ketiga yang kerap dihidapi selepas kanser payu dara dan kanser kolorektum. oleh sebab itu, setiap wanita yang berumur 18 atau 19 tahun akan mendapat satu vaksinasi untuk mencegah kanser serviks ini. ia akan diberi secara suntikan dalam temph 6 bulan mengikut jadual yang ditetapkan.
*untuk maklumat lanjut boleh la lawati www.lppkn.gov.my .
maknanya selama 6 bulan ni, aku memang sama sekali tidak dibenarkan untuk mengandung. alaaaa ! bukan apa, bak kata akak nurse tu, kalau kita termengandung tetapi still menerima injection tu baby kita berisiko dilahirkan dalam keadaan abnormal. ohh tidakk! sebab itulah, sebaik-baiknya injection ini diberi sebelum hubungan seks berlaku atau lebih senang belum berkahwin.
hee :) memandangkan kami student, of course la dapat injection free. memang happy gila sebab tak perlu keluarkan duit nak buat injection ni. untung sapa yang lahir tahun 1993. haha. so, pihak UPM Kampus Bintulu akan menghantar kami untuk menerima suntikan vaksinasi kat klinik LPPKN Sibu. okay, first of all aku memang terkejut sebab event ni kat Sibu. iyelah, tempat yang belum pernah sampai dan berhajat nak pergi. sekali peluang depan mata, apa lagi memang i grab it !
FIRST INJECTION 6/2
okay, untuk first injection pada 6/2 hari tu, kami bertolak pada pukul 7.45 pagi. awal sangat. perjalanan nak pergi Sibu memang lama berbanding nak pergi ke Miri. lebih kurang 4 jam jugak la. ape lagi, naik je bas semua pasang MP3 dan tidurrr. plus, sejuk yang teramat sangat pulak tu. then, kami stop kejap untuk sarapan pagi. perhentian tu adalah separuh perjalanan untuk sampai ke Sibu. bila bas mula bergerak je, semua tarik selimut balik. haha !
dalam pukul 11 lebih kami sampai ke tempat yang dituju. alhamdulillah sampai juga akhirnya :). kesian Pak Abu penat bawak bas. takpe, sementara tunggu kami boleh laa dia rehat dulu.
Klinik Nur Sejahtera adalah tempat kami terima HPV injection tu. memang semua nampak muka pucat dan nervous sebab nak kene inject kejap lagi. tapi kalau aku ni, memang dah biasa dah bab-bab kene inject ni. *nampak sangat selalu sakit. dalam banyak-banyak benda, aku paling suka kad HPV tu. cantik . warna pink. memang kene la dangan jiwa kami ni. hehe :D
![]() |
| cantik kan pamplet ni ? :) warna pink pulak tu . |
![]() |
| suka tengok . creatif kot ! |
![]() |
| haa, ni bila pamplet itu dibuka. lagi cantik. design yang girlish gitu. |
finally, semua dah kene injection. kami pun naik bas dan singgah sebentar di bandar Sibu. well well, pertama kali sampai kan. agak jakun jugak la. terpinga-pinga gitu. padahal Sibu je. tapi kalau tengok balik, bandar Sibu ni lebih kurang kat Kajang, Selangor. banyak bangunan lama. takpe, yang penting jalan sampai penat. bila jam dah menunjukkan pukul 2.30 petang, kami pun berangkat pulang ke UPM. agak awal dan tak puas meronda. bukan apa, nak kejar masa. kalau boleh nak kene sampai UPM sebelum gelap.
SECOND INJECTON 6/3
yeah !, untuk second injection, kami pergi lagi ke Sibu. helloo Sibu ! here we come again. seronoknyaa , asyik berjalan je kerja kami. jangan jeles ye :). untuk kali ni, kami bertolak agak lambat sebab driver kami bukan lagi orang yang sama. kalau hari tu Pak Abu, sekarang Pakcik Zainal pulak yang bawa bas. boleh tahan ganasnya die drive. macam drift pon ada. mana tidaknya, kami semua melambung-lambung kat belakang. tambah-tambah aku ni, duduk kat belakang sekali. memang out la kalau nak tidur. sumpah laju gila dia drift bas tu. 3 jam je kami dah sampai ke Sibu. hebatt !
sampai-sampai je kat klinik tu, memang semua beratur nak masuk tandas. semua tak tahan sejuk dalam bas kot. macam biasa, first person yang kene inject--> vino ! haha. tapi serius, second injection ni sakit sikit compared to first injection. sebab badan pun lemah dan tak makan lagi. rasa macam lenguh-lenguh je. tahan aje la. masa on the way nak balik, kami singgah di star megal mall yang baru bukak. ya rabbi, semua muka excited nak g sana. lagipun, perut pun asyik bagi warning je. sampai je ke sana, kami pun masuk melalui main entrance dan tiba-tibaaa ... err, my first impression waktu tu adalah 'is it the mega mall?' weirdo . krik krik krik. speechless belaka budak-budak ni. maybe sebab dia baru bukak kot. sebab tu macam tak ramai orang. lagipun, kedai-kedai kat situ macam pelik dan mostly kedai cina. err, i thought ni memang betul-betul mega mall yang ada wayang and kedai yang mewah dan best-best. takpe lah, well , my geng pun dah lapar. we're five pilih marry brown je untuk makan. mase tu, aku suruh diorang queue dulu sebab nak pergi withdraw duit. takde cash. and memang unluck sebab dua-dua atm rosak. and kat mega mall tu only have 2 atm ? memang tak habis fikir. sebesar-besar tempat ni just ada dua mesin atm. so ridiculous !
terpaksalah pinjam duit dengan shimah. malu jugak la sebab terpaksa pinjam duit member. thanks kawan :) . lepas tu, bila tengok balik, satu mesin atm dah elok dan ape lagi memang terus withdraw duit la. bayar balik duit shimah then singgah big apple. lagi ? macam tak puas je beli banyak-banyak kat Miri 4 hari lepas. haha. tapi kali ni beli 2 biji je. beli yang betul-betul suka je. tak nak membazir dah. gud girl ! tepat pukul 3.15 kami pun bertolak pulang. dan alhamdulillah kami sampai UPM pada pukul 6.30 petang. tapi badan memang sakit lah sebab melambung-lambung kat belakang tu. sumpah sakit kot -_- . tapi diam jela.
selesai sudah injection kedua. untuk dos yang ketiga nanti pada bulan 8. tapi mungkin ambik kat semenanjung kot sebab balik cuti raya kan. i hope so. here, i would like to thanks a lot sebab bagi peluang untuk kami terima injection tu. yang penting secara FREE ! hehe.





No comments:
Post a Comment